penGikUTkU

Tuesday, September 28, 2010

izinkan saya...

assalamualaikum...
izinkan saye update cite raye saya boleh tak???
mcm dah basi jer cerita2 raya ni kan.Tapi nak jugak share gmbar2 menarik di hari raya.
Mai pakat2 kita tengok...













gambar nih sume dari raya pertama sampai raya ke-3 je.3 hari jalan raya pun sungguh meletihkan.Tapi tiap2 raya sangat best...i love hari raya.....hahah


SELAMAT HARI RAYA....

Monday, August 30, 2010

hePi BEsDAy MAlaYsiAku....HEpi BEsdaY to aNAK2 MerdEka

MySpace besok sudah genap malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 tahun.Sudah 1/2 abad malaysia dah merdeka,rakyatnya pon telah mendapat pelbagai kemudahan dan kesenangan hidup.

ADAKAH ANDA MERASAKANNYA?





dan tak lupa juga kepada anak2 merdeka yang lahir pada 31 ogos......especially to Fong happy birthday.Best lah lahir time merdeka,boleh cuti.....



nah pooh tuk fong...hehehe....MySpace

Saturday, August 28, 2010

sekaDAr BerKOngSI

tadi,masa belek2 home facebook saye,tibe2 terjumpa satu perkara yang menarik untuk dikongsi...mari kita baca....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.



Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.



Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.



Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.



“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .



Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”



Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.



Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.



Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.



Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.



Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.



Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.



Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.



Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.



Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.



Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .



Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.



Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Friday, August 27, 2010

tEst vs CutI vs RayA vS yunA...

Rasa macam sudah lama tak update blog.LAPTOP rosak,alasan paling kukuh yang saya boleh bagi.

oK,berdasarkan tajuk diatas.test....something yang sangat menggerunkan,dengan soalan yang sangat menguji mindaku ini..warghhhh..susah...saya dah x sabar nak habeskan satu lagi test ahad nih,then boleh fikir pasal cuti ngan raya dengan tenang.

cuti...cuti mid sem 2 weeks....best..best..best..raya sakan lah kite mcm ni,x dek masalah dah nak difikir,especially masalah test yang dah selesai..freee....i like....

yUNa..apakah kaitan yuna dengan entry nih..heheh...actually saya baru sahaja mendengar new song from yuna GADIS SEMASA....sangat best...(kt bawah nih lirik lagu dier)..kalo nak dengar lagu dier download sendiri...yay....

Oh begini rasanya cinta
bila diagung-agungkan
kuasanya dan aku
begitu naif untuk dirimu
kerna oh usia

Oh sekarang bukannya masa
untuk kau ungkit kagi salah
siapa dan engkau terlalu ego
untuk diriku
kau memang begitu

Bukalah mata yang selama ini engkau
pejamkan dan lihatlah diriku..

Buanglah buanglah!
Buang curiga yang telah lama kau simpan
yang mungkin memudaratkanmu

Aku memang begiu
tetap seperti dahulu
terlalu menyayangi dirimu

kau mahukan gadis semasa
yang bisa memberikan kau segalanya
dan engkau tak mampu melihat apa yang
ada didepaanmu

Kau mahu perubahan dunia tetapi pada aku
sama sahaja dan engkau terlalu ego
untuk diriku
kau memang begitu

yuna juga ada buat contest "who IS GADIS SEMASA???" kt facebook die check it out..
pas tuh yuna ade buat lagu raya yang tajuk dier "RAYA OH YEAH"...korang sume boleh tgk TEASER video 'Raya Oh Yeah!' kt facebook yuna k.....


>>JANGGAN LUPA PLAK 31 OGOS.....HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 53...SELAMAT HARI MERDEKA....YAYYYYYY...



Friday, August 20, 2010

ini aDAlaH aWArd...



anda taw ini apa?????
ini adalah award yang diberikan oleh NoorAfzan
terima kaseh banyak2 yer AFZAN.Afzan nih bagi award ni kat saye mungkin sebab saye slalu blogwalkinglah dan sentiasa meninggalkan jejak kt blog orang lain dengan nama budakbaik,...(promote...promote..).

kemudian saya kenelah pulak menjawab beberapa soalan cepu gangsa....yay....jom jawab...bedebar2 pulak nak jawab...huhuhu


1. Apa yang bermain di fikiran you all sekarang?

nak mandi,nak g klinik,nak seapkan entry nih....

2. Apakah nama samaran you all.

iza,liza,ema,siti....

3. Berikan 3 orang yang paling kamu sayang.

my familia
my love
my friend.....

4. panggilan untuk si dia.
??????..heheh

5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa.

banyak bende.....tapi...bunga ros merah pon ok...

6. Blog mana yang you all suka visit?

sume blog yang best...yayyy....

7. Tag kan 15 blogger you all..
anak ayam
ejat
kak yong
ain(bdak nih slalu blogwalking nih)
yanadzul
ilyana
hantwo
eita
hami asraf
helmi
nursolehah
missjue
aretikz
myvi
yuka

Saturday, August 14, 2010

nAk BUka aPE?

salam....
alhamdulillah sudah 4 hari kita berpuasa...
tiba-tiba teringat pulak dekat rumah,teringin nak makan masakan yang sedap-sedap kat rumah.

kalo boleh hari ini saya nak makan......

rendang ayam.....ala2 noghori sembilan...sedapnye...bagi pedas skit...waaa....meleleh air liur....



rendang ni,selalunya di masak semasa hari raya.Makan dengan lemang atau ketupat.

selain tuh,saye rase macam nak makan murtabak ayam dengan kuah kari....sedap2


kat perlis nih tak jumpalah murtabak dengan kuah kari,kebanyakannya murtabak mesti dengan kuah yang warna merah,saya tak tau ape nama die.

nih je wishlist makanan bebuka yang nak sangat saya makan....Tapi,bilelah agaknya nak dapat....huhuhu...

P/S:nak balik rumah.....waaaaa....

Friday, August 13, 2010

GiVE aWAy Dari waRdaH wardRobe

baru nih saye di tag GA oleh kak ros,GA nih dianjurkan oleh WARDAH WARDROBE
dan untuk join GA nih saye kene lengkapkan slogan....

"saya nak menang blaus dari wardahwardrobe kerana blaus yang ada di WARDAH WARDROBE nih sungguh cantik dan kena dengan gaya muslimah masa kini."




pas tuh saye nak tag
hanafana
atie
lia