penGikUTkU

Sunday, October 31, 2010

WhAt???CAm NE leYh KAlaH ni??

tajuk kat atas tuh macam tak boleh blah je...mcm x percaya negeri sembilan A.K.A negeri kesayangan saya ni kalah main bola tuk piala malaysia.Sedih btol....
tak pe lah cam ne nak buat,dah x de rezeki...ayat pasrah...Lagi pon perlawanan nih,macam perlawanan ulangan sebab musim lepas pon negeri yang sama yang masuk final tuk piala malaysia,bile kita pusing sebentar pada tahun lepas N.9 dah menang dah,siap bawak arak piala malaysia tu seluruh N.9 lagi.So,x kesah lah kalo klantan menang tahun ni.Apa2 pon,tahniah untuk negeri Kelantan.

waaaaaaa...masih sedih....MySpace


result dier seperti kat bawah:



kelantan..................................2





Negeri Sembilan..............................1



p/s:den x tengok pon bola nih,tapi agak terasolah kesodihan eh.....huhuhu

Wednesday, October 27, 2010

LayaN laGU sUngAi LUi....

sungai lui from aizat....


Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini ( 7x )

Friday, October 22, 2010

MenGGelabah...

pernahkah anda merasa gelabah?
sebab apa anda rasa menggelabah?
bagi saya,kenapa saya menggelabah....

sebab
pada pukul 3.30 ptg tadi saya telah membuka portal universiti kesayangan sayang apa lagi kalo bukan portal unimap.





Kemudian saya pon sajelah buka dekat student information dan tekan kt slip peperiksaan semasa.Dan ape yg terkeluar.....




Adoiyai,tekezut sambil terkesimalah saya melihat tulisan tu.Terus bagi taw kawan2 yang lain,makanya mereka pon turut menggelabah sambil menjerit(gedix btol..).Matilah saya kalo x dapat nak amek exam sebab tak wat pengesahan kt RPS.

Langkah2 penyelesaian:
1.call kawan RPS yang seangkatan dengan saya
2.Ceritakan masalah dengan suara yang menggelabah(cam mane sore menggelabah?)
3.Pas tuh die dengan tenangnya bagi taw kat saya"tak pe,kite boleh wat pengesahan minggu depan kt RPS kite".
4.tanya balik kat kwn tuh,boleh ke nih?,Kawan jawab"boleh"
5.tak gelabah lagi dah...tenang sket rase
6.trus rase nak update blog
7.masalah selesai



kesan masa pendek dan panjang
wait n seee....heheh

Friday, October 15, 2010

tahajud cinta...

"saling mencintailah sebagaimana kalian rasakan.Saling merinduilah sebagai layaknya perindu.Beranganlah sederhana.Akan tetapi ,jangan lupa batasan-batasan cinta yang ditentukan syariat islam dan diterima dunia nyata.Kalian saling mencintai demi mencapai tali pernikahan dengan rasa cinta yang disyariatkan Allah untuk membentuk keluarga yang selalu bersujud kepada Sang Khalik."

Sunday, October 10, 2010

101010

pejam celik pejam celik dah sampai tarikh 101010.
Nombor yang sangat cantik(jangan ambik jadi nombor ekor sudah)...
What will happen on this date today.....????
Angkasawan negara akan berkahwin,yay...
happy tak korang?especially kat sume girls yang memang giler suke kt die tuh...
bawak besabar ek....

happy wedding day to Dr Sheikh Muzaphar Shukor and Dr Halina Mohd Yunos.



kemain lagi gmbar deorg,terbang2....heheh



wowwww.....no coment...heheh

perkahwinan deorang dengar2 cite tersangatlah grand,siaran langsung lagi kt tv,kalo nk tgk online pon boleh,g tengok dekat tonton.com.my
saya pon nak tengok jugak,tapi apakan daya dok kat hostel dengan internet yang agak lembab,hmmmm...tengok r mcm mane esok x dapat tengok pon tak pe lah.Tengok gambar je lah.

k r,thats all for 101010 news....

Friday, October 8, 2010

rindu




MySpacesaya rindu...
MySpaceawak rindu x?
MySpacesya rindu emak,abah,dia,awak,engkau,kamu....
MySpaceterlalu banyak yang saya rindu....
MySpacehmmmmmm......

Saturday, October 2, 2010

gosep artis....heheh

Pagi nih saya baca berita harian on9 dan jumpa cite ni.Pasal aidil dan Rita.Mari baca untuk memahami ceritanya......


KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, rumah tangga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, yang dibina atas dasar cinta mula goyah.

Bukan soal orang ketiga atau kecurangan menjadi punca, tetapi sebaliknya pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior itu mendakwa ia banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu terutama keluarga mentua.

" Tidak cukup mengaibkan dan memalukan saya selama ini, apa lagi mereka inginkan? Selama ini, saya tidak pernah membalas kenyataan dikeluarkan.

“Saya mendiamkan diri kerana ingin menjaga maruah dan air muka suami, tetapi saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya menjawab gosip yang mendakwa dia menghalau ibu bapa Aidil ketika mereka berkunjung ke rumahnya, baru-baru ini.

Berita Harian difahamkan Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anaknya, Airit Rayyan Rizkin. Malah ketika Aidilfitri baru-baru ini pun, mereka meraikannya bersama keluarga masing-masing tidak seperti tahun sebelumnya.

Sumber yang rapat dengan Rita berkata, akibatnya pelakon itu semakin tertekan dan bingung kerana tidak tahu punca kesalahannya. Bagaimanapun, Rita enggan mengulas perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Cerita saya kurang ajar, halang suami pulang ke rumah keluarga dan suka mengongkong suami memang keterlaluan. Dulu, suami pernah dihalau keluarga, tetapi diterima semula selepas dua minggu dipulaukan. Sejak itu, suami tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah Aidilfitri tahun ini turut disambut bersama keluarganya.
“Saya tidak pernah kecil hati dan menghalang suami pulang ke rumah keluarganya, malah setiap hari pasti suami menjenguk ibu bapanya" katanya lagi.

Anak kelahiran Kangar, Perlis itu berkata umum tahu, hubungannya dengan keluarga mentua keruh sejak berkahwin, tetapi hatinya gembira dan terharu apabila ibu bapa mentua menjenguknya ketika bersalin.

"Jujurnya, kami tidak pernah berbaik. Namun, saya tidak menyimpan dendam dan berharap masih ada jalan perdamaian, nampaknya keadaan semakin berkecamuk. Walaupun keluarga saya pernah dimaki, mereka masih berharap saya berbaik dengan keluarga mentua.

“Mereka tidak mahu perbalahan kami berpanjangan walaupun keluarga mentua sering mengeluarkan kenyataan keterlaluan di akhbar. Bagaimanapun, tidak sampai dua hari, anak saya, Airit Rayyan dilarikan suami untuk bertemu keluarganya ketika saya bekerja,” katanya.

p/S:takutnye kalo jadi mcm ni.Sebab tu lah sebelum kawen mintak restu ngan mak ayah dulu jgn main kawen je.Masa mula-mula kawen memang kita tak nampak apa yang akan berlaku,tapi Allah dah bagi kita akal fikiran untuk berfikir,fikirlah dulu sebelum membuat tindakan.Walaupun saya belum berkahwin,tapi ia memberi pengajaran kat saya,cinta dan restu keluarga adalah seiring untuk mencapai kebahagiaan di dalam keluarga......fikir2lah....