penGikUTkU

Wednesday, November 16, 2011

axion ke baygon?

apakah perbezaan antara axion ngan baygon?
tapi korang taw tak ape itu axion?axion adalah jenama sabun basuh pinggan yang selalu digunakan kat rumah aku.Baygon tu ape pulak?baygon adalah penyembur serangga yang sering jugak digunakan dekat rumah aku.


ini adalah axion bukan axiah(mcm iklan axion tak?)


yang ni adalah baygon.


Nak dijadikan cerita ,pada suatu petang sehari sebelum raya haji kami sekeluarga sebok di dapur menyediakan juadah untu dihidangkan pada hari raya esok.Tiba-tiba abah membebel pasal lipas yang berkeliaran dekat dalam longkang belakang rumah aku tu.Maka terjadilah perbualan antara abah dan adik aku

abah:adik pegi amek axion kat dalam rumah tu

pada ketika itu semua orang kat situ dengar permintaan abah itu.Kami semua berasa pelik,termasuklah adik aku.Tapi disebabkan tak nak menghampakan permintaan abah adik pun mengambil axion dekat sinki dapur dan hantar kat abah

Abah:apo kojadah eh nk bunuh lipeh pakai axion..aiyoooo aiii...pokak boto lah budak2 ni orang suruh ambik baygon di bantai eh ambek axion.

x pasal2 dapat sedas pokak daripada abah.Sabor yo lah

adik:lah hai abah yg tadi sowh amek axion,tetibo nak baygon plak dah.

Disebabkan abah macam nak cover malu,abah sendiri yang ke dalam rumah dan mencari baygonnye sendiri....hahahah....abah memang kelaka,aku rasa abah aku confuse sebutan AXION ngan BAYGON.Sebab ON kat belakang tu

6 comments:

Miss Ain said...

pantas membersih minyak tanggal segara.axion baruuuuu..

hai there cik ezma,i'm back.:)

cik CT said...

yeyeah ain is backkk..hahah..
erkkk...cik ezma mane ni?hahah

Aida Omar said...

hahaha..sekali abah yang salah daa. sian adik tak pasal2 di tuduh pekak. :)

cik CT said...

aida:cam tu lah abah..heheh..abah selalu nk betol..

aisya said...

hahaha.. sekali sekala.. bukan selalu pun kena panggil pekak.. hehe

cik CT said...

aisya:yup mmg x selalu abah nk pgl pekak kan...hahah...tapi boleh dielakkan