penGikUTkU

Friday, November 25, 2011

contengan pengalaman perjalanan mencari tuhan.

5 Tahun 5 Bulan? aA+bB?
korang tahu apakah semua ini.Actually ini adalah beberapa novel tulisan seorang penulis yang hanya mahu dikenali sebagai Hlovate.Tulisan dalam novel sangat-sangat sempoi sampaikan kadang-kadang aku tak faham apa yang dia tulis.Disebabkan aku ni seorang setia terhadap novel maka aku habiskan juga membacanya.Novel dia yang dah habis aku baca yang bertajuk aA+bB,dan sekarang dia ada keluarkan novel baru,sebenarnya tak lah baru sangat tapi baru r jugak..hehehe..sebab dia baru keluarkan tahun 2011 ni.Novel ni bertajuk "contengan jalanan".Seumur hidup aku,aku tak pernah beli novel,novel ni pon aku ternampak kat dalam bilik housemate aku.Aku tertarik tgk novel ni sebab cover page die.Depan dan belakang ada cover page,ghope-ghopenyer dia ada dua cerita dalam satu buku.Novel ni menceritakan tentang perjalanan dua insan yang asyik dengan muzik,photographi dan hal2 dunia yang lain dan mereka merasakan hidup ini mudah.

snopsis cerita yang pertama
I - Fend



Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.

Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

sinopsis cerita yang kedua
II - K²



Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Pada mulanya semasa membaca novel ini aku rasa macam tak best sebab terlalu banyak term2 muzik yang aku tak faham yang dia tulis.Bila sampai part mereka nak berubah dan cuba mencari erti hidup yang sebenar baru aku rasa sangat bersemangat nak membaca.Apa2 pon buku ini sangat nice."the man who decided to change on 12th hour die on 11th"Adalah satu Quote yang sangat best dan sangat menusuk jiwa.Quote ini juga menyebabkan Fend Dan K² berubah.Kalo nak tahu lebih lanjut lagi pasal novel ini,dapatkannye di kedai2 buku yang berhampiran dengan rumah anda sekarang.

4 comments:

nur adilah said...

HOHO~tolong promote kan:P

cik CT said...

@nuradilah-promote ape ye?

Harun Ar said...

Info Menarik n bermanfaat. Terima kasih

cik CT said...

harun Ar:same2..