penGikUTkU

Friday, November 25, 2011

contengan pengalaman perjalanan mencari tuhan.

5 Tahun 5 Bulan? aA+bB?
korang tahu apakah semua ini.Actually ini adalah beberapa novel tulisan seorang penulis yang hanya mahu dikenali sebagai Hlovate.Tulisan dalam novel sangat-sangat sempoi sampaikan kadang-kadang aku tak faham apa yang dia tulis.Disebabkan aku ni seorang setia terhadap novel maka aku habiskan juga membacanya.Novel dia yang dah habis aku baca yang bertajuk aA+bB,dan sekarang dia ada keluarkan novel baru,sebenarnya tak lah baru sangat tapi baru r jugak..hehehe..sebab dia baru keluarkan tahun 2011 ni.Novel ni bertajuk "contengan jalanan".Seumur hidup aku,aku tak pernah beli novel,novel ni pon aku ternampak kat dalam bilik housemate aku.Aku tertarik tgk novel ni sebab cover page die.Depan dan belakang ada cover page,ghope-ghopenyer dia ada dua cerita dalam satu buku.Novel ni menceritakan tentang perjalanan dua insan yang asyik dengan muzik,photographi dan hal2 dunia yang lain dan mereka merasakan hidup ini mudah.

snopsis cerita yang pertama
I - Fend



Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.

Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

sinopsis cerita yang kedua
II - K²



Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Pada mulanya semasa membaca novel ini aku rasa macam tak best sebab terlalu banyak term2 muzik yang aku tak faham yang dia tulis.Bila sampai part mereka nak berubah dan cuba mencari erti hidup yang sebenar baru aku rasa sangat bersemangat nak membaca.Apa2 pon buku ini sangat nice."the man who decided to change on 12th hour die on 11th"Adalah satu Quote yang sangat best dan sangat menusuk jiwa.Quote ini juga menyebabkan Fend Dan K² berubah.Kalo nak tahu lebih lanjut lagi pasal novel ini,dapatkannye di kedai2 buku yang berhampiran dengan rumah anda sekarang.

Wednesday, November 23, 2011

wordless wednasday

Tuesday, November 22, 2011

Nama dia 'S'

GELANG PATAH: “Walaupun nama saya hanya satu huruf, S, namun pelbagai kenangan manis dilalui terutama ketika akad nikah apabila suami, Nuzrul Hassan, 31, terpaksa melafazkan tujuh kali dan pengalaman itu tidak dapat dilupakan seisi keluarga dan saudara-mara yang hadir pada majlis yang diadakan pada 7 Julai 2007,” kata S, 24, menceritakan pengalamannya berdepan beberapa keadaan unik disebabkan namanya itu.

Menurutnya, sepanjang hidupnya, semua kenalan mulanya menyangka S nama timangan, namun apabila diberitahu ia nama sebenar, semua terdiam sebelum berkata ia sesuatu yang pelik.


“Bukan saja kenalan, malah suami sendiri terkejut apabila diberitahu nama saya S ketika kami bertunang empat tahun lalu.

“Apapun, saya bersyukur dengan nama diberikan bapa dan tidak pernah merungut apabila berdepan pelbagai keadaan menghairankan kerana memang sesuatu yang jarang berlaku.


“Memandangkan perkataan susah dan senang bermula huruf S, bapa kerap menasihatkan saya supaya bersusah-susah dulu supaya senang kemudian.


“Malah, tiga adik perempuan saya turut diberikan nama pendek seperti Liz, 22, Maz, 11, dan Hani, 9,” katanya yang tinggal di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai, di sini.

Sementara itu, bapanya, Rusli Ahmad Abdul Karim, 50, berkata, pemilihan satu huruf sebagai nama anak sulung daripada empat beradik itu berikutan pengalaman hidupnya sendiri.


“Arwah ayah memiliki tiga nama (tiga suku kata) hingga ia menjadi bahan ejekan ramai termasuk menyatakan saya mempunyai tiga bapa. Pengalaman itu menyebabkan saya mengambil keputusan memberikan nama paling pendek kepada anak saya iaitu hanya huruf ‘S’.

“Namun bak kata pepatah, rezeki anak terletak pada namanya, S kini berusia 24 tahun menjalani kehidupan rumah tangga bahagia dan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang diminati biarpun mempunyai seorang cahaya mata,” katanya.


Rusli berkata, sebelum menamakan anaknya, dia pernah merujuk nama pilihannya itu dengan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) sebelum pendaftaran nama anak sulungnya itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


“Biarpun tidak menghalang, Jaij tidak menggalakkan pemberian nama seumpama ini kerana bimbang menjadi ikutan masyarakat selain tidak mempunyai maksud.


“Namun, saya menerangkan tujuan dan niat memberikan nama sedemikian kepada mereka bagi mengelak salah faham,” katanya.


Katanya, walaupun nama anaknya terlalu pendek dan unik, dia dan isterinya pernah beberapa kali berdepan kesulitan termasuk ketika membawa S berurusan di klinik apabila seorang jururawat menganggap dia leka mengisi borang kerana hanya mencatatkan huruf S.


“Namun, selepas saya memberitahu perkara sebenar, mereka pelik dan tidak kurang menyatakan pilihan nama itu sesuatu yang baru kerana tidak pernah didengar sebelum ini,” katanya.


Menurutnya, walaupun tidak mengetahui sama ada nama S mempunyai maksud tertentu, dia sentiasa berdoa supaya nama itu membawa rezeki kepadanya termasuk berjaya dalam hidup.


“Saya bersyukur kerana S dapat melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Teknologi Seni Bina di Institut Teknologi Perindustrian Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sejak setahun lalu kerana itu adalah impiannya,” katanya yang mengusahakan gerai Pisang Misai Corner di Lima Kedai, di sini.



P/S:senang je nama macam tu,S,naseb bek lepas tu ayah die tak letak nama adik beradik die yang len ngan huruf T,U,V,W,X,Y,Z.Ape-ape pun name beliau mmg unik.

Saturday, November 19, 2011

END YEAR GA BY FIERA

Nak sangat join GA,and now aku dah jumpa satu GA yang sangat menarik dan yang paling awesome dier punya hadiah yang very the menarik,tertarik n dabommm punye.GA yang aku nak join ini adalah daripada blog SYAFIERASHADZURI.Blog die sangat cantik n sweet sangat bile masuk kat situ,walaupon baru first time sampai kt situ tadi.Tengok banner untuk GA yang die buat kat bawah ni comel sangat kan.




i have some quotes that i'm really like the most to share with FIERA ,the owner of the blog

Buta mata tak nampak dunia,
Buta hati tak nampak akhirat,
Buta mata ditipu orang,
Buta hati ditipu syaitan.

Untuk kawan-kawan yang nak tahu lebih lanjut pasal GA ni please visit here

aku nak tag
http://ezna-daniayasmine.blogspot.com/

Wednesday, November 16, 2011

axion ke baygon?

apakah perbezaan antara axion ngan baygon?
tapi korang taw tak ape itu axion?axion adalah jenama sabun basuh pinggan yang selalu digunakan kat rumah aku.Baygon tu ape pulak?baygon adalah penyembur serangga yang sering jugak digunakan dekat rumah aku.


ini adalah axion bukan axiah(mcm iklan axion tak?)


yang ni adalah baygon.


Nak dijadikan cerita ,pada suatu petang sehari sebelum raya haji kami sekeluarga sebok di dapur menyediakan juadah untu dihidangkan pada hari raya esok.Tiba-tiba abah membebel pasal lipas yang berkeliaran dekat dalam longkang belakang rumah aku tu.Maka terjadilah perbualan antara abah dan adik aku

abah:adik pegi amek axion kat dalam rumah tu

pada ketika itu semua orang kat situ dengar permintaan abah itu.Kami semua berasa pelik,termasuklah adik aku.Tapi disebabkan tak nak menghampakan permintaan abah adik pun mengambil axion dekat sinki dapur dan hantar kat abah

Abah:apo kojadah eh nk bunuh lipeh pakai axion..aiyoooo aiii...pokak boto lah budak2 ni orang suruh ambik baygon di bantai eh ambek axion.

x pasal2 dapat sedas pokak daripada abah.Sabor yo lah

adik:lah hai abah yg tadi sowh amek axion,tetibo nak baygon plak dah.

Disebabkan abah macam nak cover malu,abah sendiri yang ke dalam rumah dan mencari baygonnye sendiri....hahahah....abah memang kelaka,aku rasa abah aku confuse sebutan AXION ngan BAYGON.Sebab ON kat belakang tu

Wednesday, November 9, 2011

wordless wednesday

Sunday, November 6, 2011

menelan air liur dengan makanan yang walllaaawehhh.macam masterchef masak


panjang x tajuk pos ni?????heeheheheh
pos ini adalah sambungan pos dibawah tibe-tibe rajin nak update blog 2 kali sehari.tak penah aku serajin ini.heheh.
just nak share gmbar makan yang terhebat di pagi raya haji tadi saje...jom telan air liur reramai.tapi sebelum tu korang nampak tak budak perempuan yang wat peace ala2 korea kat ats tu,die ni bukan makanan ye,die tuan blog ni tgh bergaya di pagi raya smbil memaksa emaknye tlg ambik gmbar die,thanx emak amekkan gmbar kite.(:.Okok sekarang kite boleh smbung tgk gmbar makanan yg sangat lazat,menu hari raya haji taun ni adalah nasilemak dengan lauk pauk yang hebat,jom tgk gmbar ni smbil berangan2 dapat makan makanan ni sume.









selamat hari raya aidiladha

salam aidiladha kepada semua bloggerz2 yg best sekalian..
kali ni aku beraya dekat rumah aku kat negeri sembilan.Macam biasalah hariraya haji dah tak semeriah dulu2 lagi.Bgun pagi-pagi masak nasi lemak,sambal ikan bilis,rendang ayam,sambal goreng limpa lembu,ikan bilis goreng rangup,telor rebus,kacang bucis goreng dan kacang goreng tanah.Best ooo,baru je mengketedarah tadi,mmg terbaiklah.Angah aku mmg pandai masak.

pagi ni jugak abah and adik laki aku je pegi sembahyang raya,kt umah aku ni yang perempuan x pegi sembahyang raya.Ye r ktorng sebok kat dapor.Sepamjang hidup aku 22 tahun penah sekali je aku pegi solat raya,masa raya haji tahun 2006,aku solat raya kat surau sekolah aku.Time ni aku duduk kat asrama cuti sehari je so aku pon x lah blik umah.Lagipon solat raya ni sunat aje,X berdosa pon kalo tak pergi,tapi kalau pergi dapat banyak pahala.Ape yang aku tgk zaman skang ni smayang raya punyelah ramai kat masjid tapi sembahyang wajib jangan harap,berapa saf je tinggal.Biasalah manusia benda yang tak selalu tu lah yg nk di"grab"kan,sembahyang wajib 5 waktu tu ha tak nak pulak di"grab"nye padahal yang tu lah yg banyak pahala,ye dok?

oklah macam dah terkeluar topik plak..last skali,selamat hari raya aidiladha sume...supaya ibadah korban anda dirahmati dan diterima Allah swt.Kepada semua yg pergi menunaikan haji di mekah semoga mendapat haji yang mabrur.

p/s:nntikan entry seterusnye dengan lebeh banyak gmbar..:)