penGikUTkU

Monday, August 9, 2010

nExt RamaDhan.....

alhamdulillah....
insyallah ari rabu nih sume umat islam di dunia ini akan menyambut bulan ramadhan al mubarak.Bulan di mana semua umat islam yang mampu,diwajibkan berpuasa selama sebulan.

bile nak masuk bulan puasa nih,pelajar macam saya nih seboklah mencari tiket bas untuk balik berhari raya nanti.Alhamdulillah semuanya sudah selesai,walopon tibe2 tiket naik 10%(gram btol)tapi disebabkan raye punya pasal,saya sanggup.

Ok...cukup2 cite pasal tiket nak balik raya....
disebabkan entry kali nih bertajukkan tentang bulan ramadahan,so,saya nak kongsilah sedikit tentang kelebihan bulan ramadhan nih.....jom kita baca dan fahamkan....

>> Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

>> Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

>> Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

>> Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

>> Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

>> Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

>> Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

>> Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

>> Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

>> Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


ok,dah bace...macam mane??nak puasa penoh tak taun nih,terutama kepada kaum adam di luar sana........

RENUNG-RENUNGKAN....DAN SELAMAT BERPUASA.....

1 comments: