assalamualaikum wbt...pembuka bicaraSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara,Pemanis kata selamat datangAwal bismilah pembuka kata.
wah sudah agak lama beta tidak membaca novel....tidak kiralah novel cinta kah,novel x cintakah,novel komsas kah(novel yg beta blaja smasa beta menunutut di sek men dulu)....indahnya bahasa yang digunakan di dalam novel ini.Sehinggakan beta terbawa2 didlm kehidupan sehariaan beta...huhuhuhu.....sebenarnya sudah lama beta meninggalkan bidang pembacaan novel nih...ye lah pada dasarnya beta tidak suka membaca novel....kerana fizikalnya yg tebal dan tiada gambar didalamnya...tetapi sejak kebelakangan ini beta dapat merasakan sesuatu yg indah di dalam setiap novel yg beta baca....beberapa hari yg lepas beta telah membaca sebuah novel yg berjaya meruntunkan hati beta.....sungguh sedih cerita itu...ceritanya mungkin ada kaitan sedikit dengan kehidupan beta...dan oleh sebab itu beta membaca novel itu sehingga menangis teresak2....owh terlupa beta ingin menyatakan tajuk novel itu....tajuknya ialah
"RINDU YANG PERGI"....pada hakikatnya beta sudah membaca novel ini semasa beta di tingkatan tiga...tapi sudah terlupa jalan ceritanya...al maklumlah...banyak lagi urusan yang perlu beta pikirkan....dan novel lain yg beta baca hanya biasa2 sahaja...tiada yang menarik...mungkin jalan ceritanya sudah biasa beta tonton di kaca televisyen...
ini adalh novel "rindu yang pergi" yang telah habis beta baca....kalau saudara dan saudari ingin membacanya pergilah mencarinya sendiri...kerana novel ini tidak akan datang sendiri kepada saudara dan saudari.....itu sahaja coretan daripada beta untuk tatapan kali ini.......owh ...sebelum beta terlupa beta ada mendapat berita bahawa penulis novel ini
Fazie Hanna telah pown meninggal dunia.....
beta petik entri ini dari laman Alaf 21 Sdn Bhd, sila baca.
Ketabahan dan kecekalan menanggung penderitaan sejenis penyakit yang kronik selama beberapa tahun telah berakhir apabila sebutir nama yang dikenali dalam dunia penulisan novel, Fazie Hanna pergi menyahut panggilan ILAHI pada waktu maghrib, hari Isnin bersamaan 7 Mei 2007.
Beliau meninggal dunia akibat penyakit Acute
Intermittent Porphria (sejenis penyakit yang melibatkan kekurangan enzim dalam darah yang bertanggungjawab terhadap pembentukan hemoglobin. Akhirnya, mengganggu sistem saraf di dalam badan) setelah koma beberapa hari.
Novelis yang cukup popular dengan novel Rindu yang Pergi dan Badai di Hati sangat peramah dan lemah lembut. Pernah sekali beliau datang ke Alaf 21 semata-mata ingin mengenali warga kerjanya. Dengan bertongkat, beliau menggagahkan diri berjalan dan menemui staf Alaf 21. Kami sendiri tertanya-tanya bagaimana beliau bisa menulis dalam keadaan menangani penyakit yang ditanggungnya.
Dalam diam kami begitu kagum kerana beliau cekal menyiapkan dua novel walaupun sering kali keluar masuk hospital. Malah, dalam kesihatan yang tidak mengizinkan, beliau sanggup melunaskan tanggungjawabnya sebagai guru. Begitu prihatinnya beliau mendidik anak bangsa agar berjaya dalam hidup. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Kini, sebutir harapan daripada Allahyarham hanya tinggal kenangan, bak kata pepatah 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'. Sekurang-kurangnya, beliau pergi dengan meninggalkan harta yang paling berharga yang sentiasa menjadi tatapan masyarakat iaitu novel Rindu yang Pergi dan Badai di Hati. Sememangnya, agak tersentuh apabila membaca kedua-dua novel ini. Segala urusan royalti beliau, pihak Alaf 21 telah dipertanggungjawabkan untuk menyerahkannya kepada waris terdekat.
Sepatah dua kata Allahyarham di dalam novelnya iaitu semoga dengan membaca pengalaman orang lain, kita dapat menilai sejauh mana kekuasaan ALLAH dan menilai sejauh mana kelemahan insan.
ini bermakna cerita yang beliau tulis itu adalah tentang kehidupan beliau....beta tabik springlah dgn beliau nih.....walau apa2 pown
al fatihah untuk beliau....
wassalam